Home » » Kenapa 14 Ogos 2012 Hari Internet BlackOut

Kenapa 14 Ogos 2012 Hari Internet BlackOut




Mari baca dulu keterangan pindaan 114A :

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Internet BlackOut Day ini diwujudkan oleh CIJ Malaysia (Centre For Independent Journalism, Malaysia)  iaitu Pusat Kewartawanan Bebas untuk menyedarkan kesan yang bakal diterima oleh pengguna Internet negara ini sekiranya pindaan tersebut diluluskan.
Internet BlackOut Day juga merupakan tanda bantahan terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang menghalang kebebasan berinternet !

Petikan daripada sebuah blog mengatakan CIJ Malaysia menyarankan pembangun laman memaparkan pop-up pada laman mereka selama 24 jam pada 14 Ogos ini.

Menurut laman CIJ Malaysia, kesannya adalah pada diri anda sendiri. Bayangkan rakyat negara ini perlu bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Anda juga tidak bebas untuk bersosial di laman-laman kerana ia akan mengekang kebebasan dalam hal komen mahupun posting sesuatu idea atau pendapat.

Lebih penting lagi akta ini tidak digubal dengan baik dan dilakukan secara tergesa-gesa tanpa penglibatan rakyat dan kepentingan awam menurut e-petisyen CIJ Malaysia. Ia dilihat untuk mengelakkan orang ramai mengetahui kebenaran atau dengan kata yang lebih tepat lagi ia seperti mementingkan kepentingan sesuatu.

Antara laman yang telah menyokong kempen Stop114 ini ialah lelong.com.my, cari.com.my dan freemalaysiatoday.com .

Anda disarankan untuk menyokong bantahan ini dengan menandatangani e-petisyen ICJ Malaysia di laman berikut sebagai tanda sokongan :
http://www.gopetition.com/petitions/1million-malaysians-against-evidence-amendment-no2.html 

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT !
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger