Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Benarkah KLIA Dikatakan Berhantu?

Thursday, June 6, 2013

Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah. Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ denganlembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.
klia_interior
Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.
Sejarah KLIA dari Wikipedia :
KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca :
Bilik Maintenance Staf KLIA
-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki…lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu
Gate C
C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.
-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh za..’ dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp ‘tido ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..
-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang…seram gile.
Jalan Raya Sekeliling KLIA
-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev…citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara dia….ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan lah….citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg…ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain bwk keta tu….sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia…waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia….dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak….x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta….
-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..
Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan ‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa ‘seseorang’ tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, “aku tak kacau engkau”..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..
Parking Underground KLIA
-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni…
Gate 2
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2…hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma…..:L
Aerotrain KLIA
-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan…dia duk dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala…rambut panjang sampe kaki…duduk keras x toleh kiri kanan….membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat…dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar…..
Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)
-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 … aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je … skolah jauh kt kelantan nun … so ade skali tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo x silap … so awal2 lagi kena check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) … ada family emergency time tu …
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA … aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2 sunyi … walopn time tu da lebey kurang time subuh … still x de org … pas da check in … aku lepak kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh … something yg aneh ar berlaku … aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “Allahu-Akbar” nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’ nk solat berjemaah la … aku pun cm lek2 je la … smayang cm bese … imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku bagi salam … aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: …
Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa … terus kuar surau tu … cm kelam2 kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org masuk surau tu … staff klia kot sbb pakai uniform … dia tanye nape aku kelam kabut … aku x sempat nk ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat … jin Islam pun ada dik” … aku senyum kambing je la … pas da siap2 pakai kasut … aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu … aku masuk balik nk amek … tp surau tu da kosong … brader yg tegur aku td tu pn da x de … so sape yg ckp ngn aku td
Jungle Walk (Bilik Intai)
area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol:taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P
Tingkat 5, Tempat Berlepas.
lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.
tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh ‘nampak’, memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :(
Bilik Satelit
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..
p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.

Perkara Yang Harus Dijaga Semasa Berada Di Stadium

Tuesday, May 28, 2013

Harimau Malaya by ~HoneyHana (deviant art)
Liga Bola Sepak Malaysia (Liga Super Dan lain-lain) bakal bermula tidak lama lagi. Melihatkan perkembangan bola sepak negara kita, saya merasakan ada peningkatan dari segi kehadiran penyokong ke stadium melibatkan semua pasukan. Ok, itu suatu perkembangan yang baik untuk  bola sepak dinegara kita.
Namun, dalam keghairahan kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, apakah kita masih menjaga adab-adab kita sebagai seorang muslim?
1. Adakah melihat bola itu haram kerana pemainnya membuka aurat (memakai seluar pendek) ?
Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab persoalan ini :

Begitu juga kepada para penyokong. Berpakaianlah secara sopan dan menutup aurat. Sentiasalah menjaga aurat. Kita masih ada maruah untuk dijaga, jangan biarkan aurat terbuka semata-mata terlalu ghairah bersorak.  Adalah nampak tak senonoh bila kita buka baju atau tak pakai baju langsung bila menonton bola distadium bukan? :)
.
2. Solat Maghrib dulu!
Solat itu tiang agama. Solat harus didahulukan. Jangan kerana bola, kita meninggalkan solatBiar segala apa yang kita buat mendapat keberkatan dan jiwa kita akan terkawal
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
.
3. Jangan melakukan Provokasi melampau
Provokasi melampau-lampau penyokong sesebuah pasukan ke atas penyokong lawan semacam sudah menjadi suatu amalan dalam kancah liga bola sepak negara ini. Ini yang sebenarnya sebab utama yang mencetuskan pergaduhan dikalangan dua penyokong yang bertembung didalam stadium.
Saya tahu bola sepak itu adalah satu permainan yang emosional, tetapi kita hendaklah mengawal diri kita sebagai seorang yang beriman. Tidak perlu mengejek dan melayan ejekan dari penyokong pasukan lain,  be profesional. Berbaloikah kita bertumbuk, pukul memukul dan baling-membaling sehingga mendatangkan kecederaan kerana satu provokasi?
Dari ‘Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Saya percaya ramai diantara kita juga meminati pasukan seperti Manchester United di liga EPL disamping pasukan bola tempatan, sejak sekian lama. Tapi perasankah kita bahawa dibahagian tempat duduk penyokong mereka tiada “buffering zone” (ruang kosong) diantara dua penyokong. Ya, kerana mereka tidak melakukan provokasi terhadap pasukan lain, hanya menyorak untuk pasukan mereka sahaja.
credit to *lensamalaya
Kalau orang bukan Islam pun boleh menjaga adab, kita sebagai seorang mukmin yang menekan aspek ini bagaimana?
Mungkin yang terlibat dalam kegiatan tidak berhemah itu hanya melibatkan jumlah penonton yang kecil, namun pepatah ada mengatakan bahawa “Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit“. Janganlah kita menjadi fitnah kepada pasukan/negeri kita sendiri. Renung-renungkan lah.
.
4. Vandalisme dan membaling mercun
Ini adalah salah satu lagi sikap yang harus dijaga oleh kita semua. Jangan merosakkan harta benda awam didalam stadium. Apa hak kita untuk merosakkan harta benda didalam stadium?
Apabila kita menegur seseorang yang sedang cuba melakukan vandalisme, sesetengah orang akan berkata “Biarlah, aku pun bayar tiket, suka ati la nak buat apa pun! “
Oh, itu silap. Bayaran tiket adalah hanyalah untuk menonton perlawan. Kemudahan yang terdapat didalam stadium bukan diberi kepada kita, tetapi hanya dipinjamkan kepada kita. Dan itu adalah satu amanah! Sebagai seorang Islam yang beriman, menjaga barang amanah itu adalah satu kewajipan.
Satu lagi sikap yang tak patut dikalangan kita adalah suka membaling mercun. Saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini sebab kita semua tahu mercun itu boleh mencerakan ramai orang.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Dia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

Duri itu sesuatu yang berbahaya dan orang yang membuang ke tempat yang selamat mendapat pahala. Tapi kita sebaliknya, membaling mercun (lagi bahaya dari duri)  kepada pemain dan penyokong lain sehingga mereka terganggu. Dah dapat dosa ke pahala? nak neraka ke syurga?
.
5. Sampah  
Mungkin isu ini dipandang sekilas mata oleh semua pihak. Sampah-sampah dari bungkusan burger, air dan kacang serta seumpamanya akan bertaburan disekitar dalam dan luar stadium selepas perlawanan bola sepak. Maklumlah mereka berpendapat bahawa sampah akan akan diuruskan oleh pihak berkuasa stadium.
Namun sebaiknya, kita hendaklah menjaga sampah kita sendiri. Bungkus didalam plastik, dan bawa pulang untuk dibuang ke dalam tong. Be responsible.
“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)
.
Penutup : Seorang mukmin akan sentiasa mendahulukan Allah serta dosa dan pahala dalam setiap perbuatannya. Maka renungkan adakah kita seorang mukmin? 

CARA INSTALL WECHAT DI PC/LAPTOP.

Friday, May 10, 2013



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tutorial kali ni IllutionParadox akan mengajar korang CARA INSTALL WECHAT DI PC/LAPTOP. Ramai yang telah menggunakan aplikasi WeChat ini. Mana taknya, aplikasi ini lebih jimat dari segi kos berbanding dengan SMS. 

Tapi malangnya, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh telefon bimbit yang tertentu sahaja dan perlu mempunyai sambungan internet.
Baiklah, berminat untuk guna WeChat? Kalau berminat, sila ikut tutorial dibawah ini:

STEP 1:
Korang perlu mempunyai software Android Emulator iaitu BlueStacks. Jika tiada, sila klik SINI untuk download dan install software tersebut.

STEP 2:
Sekarang, sila klik SINI untuk download aplikasi WeChat pula.

STEP 3:
Buka file WeChat yang sudah selesai didownload tadi dan tunggu sehingga installation habis



STEP 4:
Setelah selesai install, BlueStacks akan memberitahu kita jika WeChat telah berjaya diinstall



STEP 5:
Sekarang, buka BlueStacks korang dan tekan pada WeChat



STEP 6:
Tunggu untuk beberapa saat dan korang sudah boleh menggunakan aplikasi WeChat di Pc/Laptop sahaja =D





P/S: Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah komen diruang yang disediakan :') 
        SELAMAT MAJU JAYA!

Wifiway:hack wep/wpa dengan lebih mudah

Thursday, April 18, 2013


Salam semua. Sebelum bagi intro panjang-panjang apa kata anda baca dulu entri mengenai Wifislax
di sini -> Wifislax

Apa Itu Wifiway?

Wifiway ialah sistem operasi Linux berasaskan Wifislax. Ibarat anak dia la! Namun ia telah berevolusi dengan banyak dan sangat pantas, dari versi 1.0 sehinggalah versi terkini ketika entri ini ditulis iaitu 2.0.3, ia telah meletakkan satu tanda aras dalam distro untuk penggodaman WEP dan WPA. Untuk versi 2.0.3, para penulis dan pembangun sistem operasi ini telah menaiktaraf pelbagai perisian seperti 'airoscript' dengan mode 'auto crack' yang memberikan kita kuasa untuk melakukan ujian penembusan terhadap sambungan tanpa wayar yang berhampiran dengan kita, dan ia dilakukan secara automatik penuh!

Seperti Wifislax, ia dipaparkan dalam bahasa Sepanyol secara lalai (default). Untuk menukarnya kepada bahasa Inggeris, sila ikuti tutorial dalam video ini -> Wifiway English Settings

Anda boleh memuat turun Wifiway melalui salah satu pautan di bawah:

1. http://download.wifislax.com:8080/WIFIWAY-2.0.3+FINAL.iso

2. http://archivos.genocidiodigital.com/imagenes_iso/wifiway-2.0.3-final.iso

P/S: Cara merakamkannya ke dalam USB Pendrive adalah sama dengan Wifislax.

Cerita Pendek Yang Best


                                 Kumpulan Status Facebook Lucu, Unik, Gokil, Bikin Ngakak


Seorang Lelaki Ingin MemBuat buku bank

Akak : Nama adik apa ?

Adik : Ayiem Fyllo .

Akak : Name macam haram jadah , baik jadi Ayiem Telur je ,

Adik : hmmm

Akak : Nama Betul apa ?

Adik : Ibrahim Posto

Akak : Nama mula tadi nak hot je sial ,dah-dah pergi balik , tak ya buat account bank ,

*Akak Ditumbuk*


Selepas Kahwin Nanti ▬► Isteri Masak Suami Makan ▬► Suami Imam Isteri Makmum ▬► Suami Baca Doa Isteri Aminkan ▬► Isteri Merajuk Suami Pujuk ▬► Barulah Sweet Kan :'D


Ustaz pergi pavi→ nampak remaje-remaje yang sesat → ustaz bagi ceramah→ semua insaf → pergi masjid → solat taubat 
*Hati Pun Tenang*


Kawan:"Bro sihat?" 
Saya: "Bro tu apa" 
Kawan: "Bro tu macam nickname lelaki" 
Saya: "Oh". 

Keesokan hari nampak perempuan. 
Saya: "Hai bra"



Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul , terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis , tinggal kepala...¿?¿?



Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika
menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat
sekeliling dan perasan ada promoter di belakangnya...
Promoter itu bertanya "Boleh saya bantu?"
Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar semasa dia kentut
tadi, jadi dia bertanya kepada promoter itu "Berapa harga cincin
ini?".
Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya
pasti Puan akan terberak kalau tau harganya


Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana



Mula-mula saya kisar ramuan herba
organik,dan tambah sedikit perahan jus
lemon.Dengan Suhu sederhana...(sambil
pandang keatas) saya masukkan kacang
buncis yang dikukus sempurna.Ayam pula
dimasak dengan kombinasi teknik
kukus,gril,panggang,kukus gril
panggang,kukus.Dan...
Cikgu : Murid-2 , dimanakah tempat di Malaysia nie yg mampu membekukan air?

Murid A : Cameroon Highland cikgu !

Cikgu : Salah ! Yg lain ?
Murid B : Genting Highland cikgu !
Cikgu : Salah lagi !
Murid C : Puncak Gunung Kinabalu cikgu !
Cikgu : Salah !
Murid A : abis tu kt mana cikgu ??
Cikgu : kat PETI AIS RUMAH CIGKU.. HIHIHIHI !
Murid-2 : -,-'



Makwe : Syg .. Tak sangka kn dh 6 tahun kite couple ?

Pakwe : Yela kn baby .. Dh 6 tahun .. Kejap je rase ..

Makwe : Kn .. Dlm 6 tahun ni semua kite dh try .. Peluk2 dh , cium2 dh , tidur sekatil pn dh .. Ape lg ea yg tinggal syg ?

Pakwe : Tinggal nk masuk NERAKA je baby ..

Makwe : :(



Kalau Ade Orang Baling Batu kat Kita,
Balaslah dengan senyuman dan balinglah
bunga ros kepadanya tapi jangan lupa baling dengan
pasu-pasu nye skali :D


FAKTA___________FAKTA
sesetengah pelajar sekolah mampu menghafal lirik
lagu tetapi otak mereka tidak mampu menghafal nota
sejarah & formula math.
#LIKE kalau betul



Add --> Berkenalan --> Jadi kawan --> Ajak jumpa kat luar --> Suka sama suka --> 1 bulan kemudian --> Kene kencing sbb dia dah ada pasangan lain --> 1 bulan kemudian --> Dia kene kencing tikus --> Mati tak dapat diselamatkan. --> Al-Fatihah
"FAKTA" perempuan yang nampak status ni sangat CANTIK, COMEL dan lelaki yang nampak post ni sangat LAH "handsome, kacak" ♥

Bila Bosan → Cari Facebook
Bila Sedih → Cari Facebook 
Bila Marah → Cari Facebook
Bila Gembira → Cari Facebook.

See? Betapa Pentingnya Facebook Bagi Kita. Tapi yg lebih penting bila kita Bosan, Sedih, Marah and Gembira ingatlah kat ALLAH.. ♥



A : wah, cantik rambut. saloon ke ?
 
B : a'ah, cantik kan ? ^^
 
A : a'ah, cantik. berapa kau buat ?
B : hehe, rm80 je.
A : baik kau beli tudung, lagi murah ♥ ♥ ^^

S.T.U.P.I.D = Smart Talented Unique Person In Demand

A B C D E F G = A Boy Can Do Everything For Girl

BlackMart v0.49.92 ( untuk download app yang bayar secara percuma )

                  




[Android] BlackMart v0.49.92 ( untuk download app yang bayar secara percuma )

Gravatar
BlackMart v0.49.92 Android


Untuk : Android

More Info: download beribu application di market secara percuma

cara-cara:
-download fail
-letak fail APK dalam memory card korang
-bukak Application Installer dan klik kat Blackmart APK
-Tungu lepas application Blackmart tu install.
-Siap derrr.
-Link download : http://www.4shared.com/file/ae_DVhmY/Bla...sion_.html

P/S : Kalu tak leh, restart Phone korang . 

Enjoyyyy

Credit to Nick-Raja

PERANGAI PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA! TERBARU

Tuesday, April 16, 2013



Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

3D Al-Quran

Friday, April 12, 2013




Al-Qur’an 3D Adalah Sebuah Software Al-Qur'an 3D yang sangat bermanfaat bagi kita agar kita selalu dapat membaca Al-Qur'an Walalupun di komputer kita. Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat serta menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menyukuri.” (QS. Fathir: 29-30)

Screenshot :



BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger