Home » » Godam Emel Sekolah Untuk Tukar Markah Anak

Godam Emel Sekolah Untuk Tukar Markah Anak

Godam Emel Sekolah


Pennsylvania – Demi memastikan anak-anaknya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, seorang ibu sanggup menggodam komputer sekolah bagi menukar markah peperiksaan mereka.
Catherine Venusto, 45, dituduh menukar markah anaknya daripada markah gagal iaitu F kepada M iaitu (medical atau perubatan) untuk anak perempuannya , tahun lepas.
Dia juga didakwa menukar markah anak lelakinya daripada 98 kepada 99, pada bulan Februari lalu.
Venusto pernah bekerja sebagai setiausaha pejabat pentadbiran di sekolah berkenaan sebelum berhenti dan bertugas di sekolah di daerah lain.
Dia didakwa menggunakan kata laluan milik pesuruhjaya Mary Ann Wright sebanyak 110 kali untuk membolehkannya menggodam sistem pemarkahan secara dalam talian.
Venusto juga didakwa menggunakan kata laluan milik sembilan ahli jawatankuasa pendidikan tanpa kebenaran untuk melihat emel berkaitan polisi, maklumat kontrak, laporan pekerja dan isu peribadi.
Tindakan itu terbongkar selepas Penolong Pesuruhjaya Pendidikan daerah, Jennifer Holman berasa curiga apabila mendapati nama Wright tertera dalam sistem permarkahan berkenaan.
Holman kemudiannya memaklumkan kepada polis dan selepas siasatan dilakukan, pihak berkuasa mendapati kata laluan Wright telah digodam.
Menurut Holman, pejabat pendidikan daerah sebelum ini merahsiakan nama Venusto bagi melindungi anak-anaknya, namun namanya telah didedahkan oleh pejabat peguam negara.
“Anak-anaknya tidak bersalah. Jika mereka meneruskan pengajian di sekolah sama, saya percaya kami perlu melakukan yang terbaik bagi memberikan sokongan kepada budak-budak tersebut dalam apa cara sekali pun,’’ katanya.
Dalam pada itu,  perbicaraan ke atas Venusto akan berlangsung pada 26 Julai ini dan jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 42 tahun.
Selain itu, dia juga berdepan denda sebanyak $90,000.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger