Home » » Apa Itu Google Dork Dan Cara Menggunakannya

Apa Itu Google Dork Dan Cara Menggunakannya





Assalamualaikum semua!!Bertemu lagi kita disini!Baiklah sebelum2 ni dalam tuto deface aku banyak suruh ubahsuai dork untuk dapatkan hasil yg mantap kan? Baiklah entry ni aku nak ajar korang.Bagi yang belum tau apa itu dork jugak bole tngok.Credit To Seth Erry , Mike Forelli, Rea_Perz , No Entry Phc dan MyHackersAreHere.com.Jom mula.

Sebelum tu CLICK SINI

1. Menggunakan Kaedah Carian Lanjutan:

site : mengasingkan hasil carian kepada nama laman dan domain tertentu
Contoh: site:mediafire.com Tinie Tempah akan mencari kesemua kandungan yang mengandungi kata kunci 'Tinie Tempah' yang berada dalam domain/laman mediafire.com

intitle : mengasingkan hasil carian kepada kata kunci
Contoh: intitle:magic tricks akan mencari kesemua laman yang mempunyai perkataan 'magic' sebagai tajuk dan 'tricks' sebagai teks.

allintitle : mengasingkan hasil carian kepada laman yang mempunyai tajuk mengikut kata kunci
Contoh: allintitle:magic tricks akan mencari kesemua laman yang mempunyai tajuk 'magic tricks'.

inurl : mengasingkan hasil carian kepada URL mengikut kata kunci
Contoh: inurl:magic tricks akan mencari laman yang mempunyai perkataan 'magic' sebagai teks dan 'tricks' sebagai URL.

allinurl : mengasingkan hasil carian kepada laman yang mempunyai URL mengikut kata kunci
Contoh: allinurl:magic tricks akan mencari kesemua laman yang mempunyai perkataan 'magic tricks' dalam URL.

filetype, jenis : mengasingkan hasil carian kepada jenis fail yang diingini
Contoh: filetype:mp3 lambada akan mencari fail mp3 dengan kata kunci 'lambada'.

numrange : mengasingkan dokumen kepada nombor turutan yang spesifik
Contoh: numrange:1-100 magic akan mencari laman yang mengandungi nombor 1 hingga 100 dan perkataan 'magic'. Hasil yang sama boleh didapati dengan menaip 1..100 magic.

link : mengasingkan hasil carian kepada laman mempunyai pautan yang spesifik
Contoh: link:www.myhackersarehere.com akan mengasingkan hasil carian kepada 1 atau lebih laman yang mempunyai pautan ke www.myhackersarehere.com

inanchor : mengasingkan hasil carian kepada pautan dengan frasa yang spesifik
Contoh: inanchor:Magic akan mencari dokumen dengan pautan dalam deskripsinya terkandung perkataan 'Magic'

allintext : mengasingkan keputusan kepada dokumen yang mengandungi frasa spesifik dalam teks, tetapi bukan pada tajuk, deskripsi pautan atau URL
Contoh: allintext:"magic tricks" akan mencari dokumen yang mengandungi frasa 'magic trick' dalam teksnya.

+ : spesifikkan hasil carian kepada kata kunci yang lebih diingini
Contoh: +magic akan mendapatkan hasil carian kepada laman yang lebih mempunyai perkataan 'magic'.

- : spesifikkan hasil carian kepada kata kunci yang tidak diingini
Contoh: -magic akan mendapatkan hasil carian kepada dokumen yang tidak mengandungi perkataan 'magic'.

"" : mengkhususkan frasa tertentu
Contoh: "My Hackers Are Here" akan mencari laman/dokumen dengan kata kunci 'My Hackers Are Here'

| : Mencari keseluruhan frasa atau kata kunci
Contoh: | magic tricks akan mencari laman/dokumen yang mempunyai frasa atau kata kunci 'magic tricks'.


Baiklah jika korang menggabungkan dork2 ni, korang akan mendapatkan hasil yang MANTAP!!!

Baiklah harap korang dah reti ubahsuai dork.Sampai disini sahaja.Assalamualaikum... :D


SUMBER-HMCA-
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger