Home » » ANTARA AZAM POPULAR TAHUN BARU

ANTARA AZAM POPULAR TAHUN BARU


Pasti semua telah tahu yang kita bakal meninggalkan tahun 2012, banyak kenangan telah diukir pada tahun ini dan tidak kisah sama ada baik atau buruk. Jadi adakah semua orang telah bersedia untuk tinggalkan tahun ini? Kalau tak sedia pun, tetap kena tinggal juga. Ingat “Masa Itu Akan Terus Berputar”.

Setiap tahun kebanyakkan orang pasti mempunyai azam tersendiri untuk tahun baru, jadi apakah azam anda untuk tahun ini pula? Saya akan ceritakan pasal beberapa antara azam yang paling selalu orang mahukan.

wish_list

Diet ataupun Kurus
Kebanyakkan perempuan mesti akan mempunyai azam seperti ini. Tidak kisah sama ada badan dia besar ataupun kurus. Sebab mereka berada dalam golongan yang agak pelik. Haha maafkan gurauan saya itu. Terus terang, kepada badan yang sederhana tak perlu lah anda menyeksa tubuh anda dengan menahan lapar.

Berubah
Azam ini adalah antara salah satu azam wajib yang biasa orang harapkan tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan. Bagi saya anda memang perlu harus tunaikan azam ni, kerana sampai bila lagi anda mahu jadi jahat? haha

Belajar Rajin-Rajin
Setiap orang yang masih belajar dan nekad untuk berjaya dalam pelajaran. Tidak kisah apa pun niat sebenar mereka, tetapi azam ni sudah cukup bagus. Lebih baik jika anda berniat  untuk membantu keluarga dan saya pun akan mendoakan agar tercapai.

IP mesej

Azam Tahun Lepas Yang Tak Tercapai
Ini banyak yang terjadi, anda berazam macam-macam tapi bagaimana dengan azam tahun yang lepas-lepas? Sudah anda lunaskan?
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger