Home » » Perkara Yang Harus Dijaga Semasa Berada Di Stadium

Perkara Yang Harus Dijaga Semasa Berada Di Stadium

Harimau Malaya by ~HoneyHana (deviant art)
Liga Bola Sepak Malaysia (Liga Super Dan lain-lain) bakal bermula tidak lama lagi. Melihatkan perkembangan bola sepak negara kita, saya merasakan ada peningkatan dari segi kehadiran penyokong ke stadium melibatkan semua pasukan. Ok, itu suatu perkembangan yang baik untuk  bola sepak dinegara kita.
Namun, dalam keghairahan kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, apakah kita masih menjaga adab-adab kita sebagai seorang muslim?
1. Adakah melihat bola itu haram kerana pemainnya membuka aurat (memakai seluar pendek) ?
Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab persoalan ini :

Begitu juga kepada para penyokong. Berpakaianlah secara sopan dan menutup aurat. Sentiasalah menjaga aurat. Kita masih ada maruah untuk dijaga, jangan biarkan aurat terbuka semata-mata terlalu ghairah bersorak.  Adalah nampak tak senonoh bila kita buka baju atau tak pakai baju langsung bila menonton bola distadium bukan? :)
.
2. Solat Maghrib dulu!
Solat itu tiang agama. Solat harus didahulukan. Jangan kerana bola, kita meninggalkan solatBiar segala apa yang kita buat mendapat keberkatan dan jiwa kita akan terkawal
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
.
3. Jangan melakukan Provokasi melampau
Provokasi melampau-lampau penyokong sesebuah pasukan ke atas penyokong lawan semacam sudah menjadi suatu amalan dalam kancah liga bola sepak negara ini. Ini yang sebenarnya sebab utama yang mencetuskan pergaduhan dikalangan dua penyokong yang bertembung didalam stadium.
Saya tahu bola sepak itu adalah satu permainan yang emosional, tetapi kita hendaklah mengawal diri kita sebagai seorang yang beriman. Tidak perlu mengejek dan melayan ejekan dari penyokong pasukan lain,  be profesional. Berbaloikah kita bertumbuk, pukul memukul dan baling-membaling sehingga mendatangkan kecederaan kerana satu provokasi?
Dari ‘Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Saya percaya ramai diantara kita juga meminati pasukan seperti Manchester United di liga EPL disamping pasukan bola tempatan, sejak sekian lama. Tapi perasankah kita bahawa dibahagian tempat duduk penyokong mereka tiada “buffering zone” (ruang kosong) diantara dua penyokong. Ya, kerana mereka tidak melakukan provokasi terhadap pasukan lain, hanya menyorak untuk pasukan mereka sahaja.
credit to *lensamalaya
Kalau orang bukan Islam pun boleh menjaga adab, kita sebagai seorang mukmin yang menekan aspek ini bagaimana?
Mungkin yang terlibat dalam kegiatan tidak berhemah itu hanya melibatkan jumlah penonton yang kecil, namun pepatah ada mengatakan bahawa “Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit“. Janganlah kita menjadi fitnah kepada pasukan/negeri kita sendiri. Renung-renungkan lah.
.
4. Vandalisme dan membaling mercun
Ini adalah salah satu lagi sikap yang harus dijaga oleh kita semua. Jangan merosakkan harta benda awam didalam stadium. Apa hak kita untuk merosakkan harta benda didalam stadium?
Apabila kita menegur seseorang yang sedang cuba melakukan vandalisme, sesetengah orang akan berkata “Biarlah, aku pun bayar tiket, suka ati la nak buat apa pun! “
Oh, itu silap. Bayaran tiket adalah hanyalah untuk menonton perlawan. Kemudahan yang terdapat didalam stadium bukan diberi kepada kita, tetapi hanya dipinjamkan kepada kita. Dan itu adalah satu amanah! Sebagai seorang Islam yang beriman, menjaga barang amanah itu adalah satu kewajipan.
Satu lagi sikap yang tak patut dikalangan kita adalah suka membaling mercun. Saya tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini sebab kita semua tahu mercun itu boleh mencerakan ramai orang.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Dia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

Duri itu sesuatu yang berbahaya dan orang yang membuang ke tempat yang selamat mendapat pahala. Tapi kita sebaliknya, membaling mercun (lagi bahaya dari duri)  kepada pemain dan penyokong lain sehingga mereka terganggu. Dah dapat dosa ke pahala? nak neraka ke syurga?
.
5. Sampah  
Mungkin isu ini dipandang sekilas mata oleh semua pihak. Sampah-sampah dari bungkusan burger, air dan kacang serta seumpamanya akan bertaburan disekitar dalam dan luar stadium selepas perlawanan bola sepak. Maklumlah mereka berpendapat bahawa sampah akan akan diuruskan oleh pihak berkuasa stadium.
Namun sebaiknya, kita hendaklah menjaga sampah kita sendiri. Bungkus didalam plastik, dan bawa pulang untuk dibuang ke dalam tong. Be responsible.
“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)
.
Penutup : Seorang mukmin akan sentiasa mendahulukan Allah serta dosa dan pahala dalam setiap perbuatannya. Maka renungkan adakah kita seorang mukmin? 
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger