Home » » Lapangan Terbang Gibraltar Yang Melintasi Jalan Raya

Lapangan Terbang Gibraltar Yang Melintasi Jalan Raya


Lapangan Terbang Gibraltar Yang Melintasi Jalan Raya

Di Gibraltar di sebuah daerah Semenanjung Iberia dibawah naungan United Kingdom, terdapat sebuah jalan yang akan ditutupi apabila adanya sebuah kapal terbang yang akan melintas seperti melintasnya sebuah keretapi di jalan2 raya.




Diakibatkan oleh saiz Gibraltar yang kecil maka ruang 
untuk membina lapangan terbang adalah sangat terhad. Oleh yang demikian, sebuah landasan kapal terbang telah dibina melintasi jalan raya utamanya.

Apabila terdapat kapal terbang yang mahu melakukan pendaratan atau berlepas maka laluan jalan raya tersebut akan ditutup sepertimana laluan jalan raya yang terdapatnya laluan lintasan keretapi .


Gibraltar asalnya bernaung dibawah jajahan takluk 
Sepanyol sebelum ia diserahkan kepada pihak British selepas kekalahan Sepanyol pada tahun 1713. Sehingga hari ini terdapat pihak Sepanyol yang mahu agar Britain memulangkan semula Gibraltar kepada Sepanyol. 

Walaubagaimanapun majoriti penduduk Gibraltar telah menolak kemahuan Sepanyol itu didalam dua pungutan suara pada tahun 2002 dan 1967. Walaupun bersebelahan dengan Sepanyol bahasa rasmi Gibraltar ialah Bahasa Inggeris.


Credits : Misteri & keajaiban alam 
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger