Home » » Telefon Bimbit Arwah Ayah

Telefon Bimbit Arwah Ayah


Assalamualaikum Va dan para pembaca blog va sekalian,

Selamat malam. Nama saya Muhammad Surya (bukan nama sebenar) dan pengalaman misteri yang saya ingin ceritakan berlaku enam tahun yang lalu, selepas ayah saya meninggal. Pengalaman ini tidaklah seseram mana pun. Ianya mungkin hanya satu kebetulan atau memang benar-benar misteri.

Ayah saya meninggal pada bulan November 2006 dan sebelum jenazahnya dibawa pulang ke rumah Wak (kakak kepada ayah) saya di kawasan barat Singapura, jenazahnya ditempatkan di “mortuary”. Barang-barang milik ayah termasuk telefon bimbitnya telah diserahkan kepada saya kerana ayah telah dibawa ke hospital sebelum meninggal.

Saya bermalam di rumah Wak selama tiga malam selepas jenazah ayah dikebumikan dan telefon bimbitnya dihidupkan kerana saya berpendapat bahawa kemungkinan ada lagi kawan-kawan arwah ayah yang belum tahu tentang kematiannya. Keesokannya sedang saya duduk di ruang tamu rumah Wak saya, telefon rumahnya berdering dan Wak menyuruh saya menyambut panggilan telefon itu.

Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat di mesin “caller ID”, nombor yang tertera adalah nombor telefon bimbit arwah ayah. Saya mengangkat telefon itu dan meletakkanya ke telinga saya.

Sebenarnya apa yang telah berlaku adalah, saya terlupa yang saya telah menyimpan telefon bimbit arwah dalam kocek seluar yang sedang saya pakai dan kemungkinan besar, geselan kaki saya telah terkena pada butang "call" di telefon bimbit itu. Tapi yang anehnya, nombor telefon rumah Wak saya bukanlah nombor yang terakhir yang dipicit arwah ayah.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak sempat berjumpa dengan ayah pada malam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana saya di sebuah tempat di mana resepsi telefon bimbit telah dihadang. Jadi panggilan dari saudara-mara dan pihak polis tentang perkhabaran buruk itu tidak saya terima. Oleh kerana itu selepas ayah meninggal, saya berasa amat terkilan dan penuh penyesalan dan banyak termenung. Itu sebabnya saya terlupa yang telefon bimbit itu ada di dalam kocek seluar saya.
 
Mungkin panggilan dari telefon bimbit ayah suatu kebetulan atau mungkin ianya sebagai tanda yang arwah tahu saya amat merindunya. Yang penting, pada setiap solat saya, doa untuk ayah Insya-Allah tidak pernah terlepas dari bibir saya dan harapan saya adalah ayah tenang di sana.

Terima kasih mengutarakan kiriman email saya yang panjang dan tak berapa seram ini.

Yang Benar,

Muhammad Surya

Thanks sebab share .. ada sape2 lagi nak share? inbox fb aku 

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger