Home » » bagaimana nak elakkan rumah korang supaya tidak diganggu hantu atau makhluk halus.

bagaimana nak elakkan rumah korang supaya tidak diganggu hantu atau makhluk halus.

Semua orang mahukan kediaman yang bebas daripada hantu. I mean, lets get real... siapa yang mahu tinggal di sebuah rumah di mana ada hantu atau makhluk halus berkeliaran walaupun rumah itu besar nak mampus mengalahkan rumah agam Dato' Siti Nurhaliza.

Makanya, di sini aku perturunkan ilmu bagaimana untuk membuat kediaman anda bebas daripada hantu dan makhluk halus. Boleh cuba, tetapi tak dijaminlah keberkesanannya.

Lets cekidaut!


#01 - Bina bumbung berlengkung ala Cina tradisional.
Bukan rumah agam Bracho.

Apa yang terlintas di fikiran korang apabila tengok gambar kat atas? Senibina tradisional Cina mempunyai ciri-ciri yang agak spesifik: siling tinggi, ruang pintu yang tidak terlalu tinggi dan semestinya bumbungnya yang unik melengkung ala-ala pagoda seperti dalam gambar di atas.

Pagoda yang ini sedap untuk dimakan. LOLZ....

Sebab-musabab mengapa masyarakat Cina cenderung untuk membina rumah-rumah mereka dengan bumbung sebegitu rupa adalah untuk mengelak diganggu hantu. Menurut fahaman masyarakat Cina, hantu atau makhluk halus hanya boleh bergerak lurus. Ala, macam hantu Cina yang lompat-lompat tu... diorang mana boleh turn-turn... perasan tak?

Apek, jaga-jaga ada longkang!

Sebab tu bagi sesiapa yang pernah pergi jenjalan ke Tanah Besar China mesti perasan yang jalan-jalan kat sana stok berliku-liku ala-ala corner baring punya! Sure mat rempit tak suka sebab tak boleh nak buat skill Superman.

Ko mampoo nak drift lelaju kat sini?

Jadi apa kena-mengena jalan berliku-liku dengan bumbung berlengkung? Mudah je. Sebenarnya sebab mengapa diorang bina rumah dengan bumbung macam tu adalah untuk mengelakkan daripada rumah diorang didatangi hantu atau makhluk halus.

Cuba uols bayangkan, elok je hantu tu landing terus tergelincir sebab salah landing atas bumbung camni sambil jerit; "Weeeeeee...."

#02 - Cat rumah anda dengan warna biru.
Mesti ramai antara korang yang pernah cat sendiri bilik atau bahagian-bahagian lain kat rumah korang, kan? Tambah-tambah lagi masa dekat-dekat nak raya atau Krismas. Kalau pergi kedai cat tu pulak,sure rambang mata nak pilih warna, melainkan korang adalah Eric Leong yang expert giler tuh.

Percaya atau tidak, kaum Gullah dari Selatan Amerika percaya bahawa hantu atau makhluk halus tidak boleh menyeberangi air (termasuklah tasik, sungai, laut, perigi, dsb). Kaum Gullah ni mana la mampu nak drop by ke kedai Nippon Paint atau mana-mana kedai cat. Makanya diorang akan campurkan limau, susu dan pigmen ke dalam kendi untuk hasilkan cat berona biru yang kelihatan seperti air. Cat ini pula mereka akan sapukan ke rumah mereka yang seterusnya akan meyakinkan hantu-hantu ni bahawa rumah diorang 'ditutupi' sungai. Cuba tengok contoh kat bawah ni:

Biar rumah ala-ala nak runtuh asalkan frame pintu menten santek.

Bukan setakat frame pintu atau dinding je yang diorang cat, kadang-kadang tu sampai ke siling diorang cat warna biru! Ada satu kisah mengatakan yang siling yang dicat biru adalah sebagai indikasi imitasi untuk kelihatan seperti langit yang terbuka, memanggil-manggil roh ini untuk naik ke syurga.



Oleh itu, hantu-hantu ni datang bertenggek depan rumah korang, dengan niat mahu mencemar duli mengganggu-gugat hidup korang, tertengok pulak siling warna biru dan berkata; "Oh, hei! Aku nampak syurga!" dan terus je lompat ke atas dan tak turun-turun dah sebab macam #01 tadi dah terangkan, diorang ni hanya boleh bergerak lurus.

To infinity, and beyond!

Atau mungkin jugak diorang yang cat siling warna biru ni sebab malu kat jiran-jiran kalau jiran diorang nampak pintu atau tingkap diorang berwarna biru. Yela, dah sah-sahlah kantoi yang diorang ni tengah cuba nak elakkan hantu (atau memang rumah diorang dah berhantu, kot?). Choi!!!


#03 - Bentukkan bucu 'Kimon' ala masyarakat Jepun.
Hai, nama saya bucu 'Kimon'!

Berbeza daripada masyarakat Cina yang percaya bahawa roh-roh hanya boleh bergerak lurus, masyarakat Jepun percaya bahawa semua roh sebenarnya berasal dari satu arah sahaja, iaitu daripada arah timur laut, atau dalam bahasa Jepunnya dipanggil 'kimon' dan langsung tak ada kena-mengena dengan pusat tuisyen Kumon tuh.

Ha, bagi yang tak berapa nak lulus Geografi tu... timur laut adalah arah yang bertanda 'NE'.
'Kimon' ni maksudnya 'demon gate', dipercayai sumber dari mana semua makhluk halus dan roh berkeliaran datang (ala-ala pintu suka-hati Doraemon gittew). Sudah semestinya kawasan ini tak sesuai untuk dibina pintu, tingkap atau apa-apa bentuk laluan la pendek cerita.

"Berjaya atau tidak, potong saja dinding itu!"

Walaubagaimana pun, kawasan ni sangat sesuai untuk dibina suatu menara pengawal. Contoh palingawesome sekali adalah Istana Hiji di Hyogo yang dekat dengan Osaka. Sebuah menara dibina di kawasan timur laut istana tersebut untuk mengusir roh-roh jahat daripada menghampiri istana tersebut. Yang cool-nya, pada menara pengawal tu jugak diorang akan potong dan sengetkan bucu bahagian timur laut, just to be sure...

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan, guna kamera phone 1.3 megapixel je nok.

Bijak juga sebenarnya sebab Abg Iz skandal aku yang belajar senibina kat UTM pun setuju bahawabucu di mana dua hujung dinding bertemu pada amnya merupakan struktur yang lemah, makanya kalau ia dipotong dan disengetkan secara tidak langsung ia akan mengukuhkan struktur tersebut. Oleh itu, lagi susah lah roh-roh jahat tu nak datang robohkan, tak gitu?

Ha, macam ni uols...
Kalau ada rumah sendiri bolehlah renovate sesuka hati, tapi macam mana pulak dengan orang yang menyewa apartment atau kondo? Bagi warga Jepun, ada solusi untuk perkara itu. Pemaju perumahan di Jepun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa lot-lot apartment yang hendak dibina dan seterusnya disewakan bukan sahaja mesti memastikan bahawa ia selamat daripada 'Kimon' bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam dengan memastikan ia juga selamat dari dalam dengan tidak membina bilik air di kawasan timur laut lot apartment tersebut. Ini adalah mereka percaya bahawa roh juga boleh bergerak melalui sistem perpaipan (jangan tanya kenapa!).

Kalau tak ada bilik air kat kawasan 'kimon' tu, makanya takbley la roh tu nak masuk. Genius tak?

Tak ada sorang pun nak tinggal di apartment berhantu, tapi rasa-rasanya mengetahui bahawa blokapartment yang sudah semestinya dilengkapi sistem perpaipan berselirat mampu menjadi laluan trafik para hantu-hantu bukankah lebih menyeramkan?

Terus posing ala-ala ANTM. Ko ade???

#04 - Elakkan tingkat ke-13 (dan juga tingkat 4)
OK. Rasanya yang ini semua orang dah tahu kot. Masyarakat Barat khususnya percaya bahawa nombor 13 sebenarnya membawa nasib malang, begitu juga dengan perkaitannya dengan elemen spiritual. Kebanyakan bangunan, contohnya One Canada Tower tidak mempunyai tingkat ke-13.

Selamat datang uols...

Pemaju bangunan itu juga melangkah setapak kehadapan lagi dengan tidak menyediakan lot bernombor 13 untuk disewa pada semua aras. Jadi susunannya akan jadi 11, 12, 14, 15 dan seterusnya. Tingkat 13 pada bangunan itu wujud tetapi ia tidak boleh diakses melalui lif.

Ada juga bangunan lain yang tetap mengekalkan akses kepada tingkat ke-13 tetapi tidak melabelkannya sebagai 13 tetapi 14 juga. Takpun pemaju akan menggantikan label tingkat itu sebagai "-1".

Pernah masuk lif yang ada tingkat "-1" mcm ni?

Nombor 4 pula kalau dalam Chinese bunyinya mirip macam maksud 'mati', oleh sebab itulah masyarakat Cina memang pantang dengan nombor 4. Makanya ada juga bangunan yang tidak akan ada tingkat 4, 14 dan semua nombor yang ada nombor 4. Macam dalam gambar kat atas ni. Gila, bukan?

Tengok, mana ada tingkat nombor 4.

Satu tips yang ayah aku selalu pesan, orang Cina selalunya akan jual kereta/rumah diorang yang ada nombor plet atau nombor rumah yang ada nombor 4. Serius! Pak saudara aku beli Mercedes baru dengan separuh harga sebab pemilik asalnya superstitious gara-gara nombor plet keretanya PAK444. Tapi orang Cina sekarang dah ramai yang tak percaya kepercayaan ni. Huhuhu....


#05 - Susunan tangga menurut kepercayaan masyarakat Filipina.
Kalau orang Jawa ada "siji, loro, telu", orang Filipina percaya kepada "oro, plata, mata" (emas, perak, mati). Orang Filipina percaya bahawa elemen arkitektur di dalam rumah, khususnya tangga, tidak boleh dalam kombinasi bertiga-tiga.

Agak-agak lepas ni ramai tak yang nak stay kat KIZ?

Oleh itu kebanyakan penyewa akan mengira anak tangga yang perlu didaki untuk ke rumah yang bakal mereka sewa dengan kiraan "oro, plata, mata" dan dikira berulang-ulang hingga sampai ke atas/bawah, bergantung dari mana anda mula mengira. Jika anak tangga terakhir adalah "oro", anda masih lagi selamat, jika berhenti di "plata" juga masih lagi selamat. Tetapi kalau berhenti di "mata", cepat-cepatlah cari rumah lain. Takpun tambah satu lagi anak tangga untuk mengelakkan sial tersebut.

Jadi apa kena-mengena "oor, plata, mata" ni dengan hantu atau makhluk halus? Entahlah... benda ni untuk elak sial je kot...


#06 - Bina rumah khas untuk roh.
Kalau tak boleh renovate rumah nak tukar bumbung atau tambah anak tangga, dan tak mahu cat rumah dengan warna biru sebab tak matching dengan langsir baru untuk raya tahun ni, bina je satu lagi rumah khas untuk roh-roh datang tinggal dan tak ganggu korang dah. Ini apa yang warga Thai lakukan.

Hamek nyehh. Siap ada door-gift air Fanta lagi. Kao ade??

Yang kelakarnya, ketika pembinaan Grand-Hyatt Erewan di Bangkok, pemaju buatlah rumah roh ni macam biasa. Dengan harapan roh-roh ni takkan kacau sepanjang proses pembinaan hotel tu berlangsung la. Nan hadoo!!!

Agak-agak ada bucu 'Kimon' tak?

Banyak kecelakaan berlaku ke atas mereka yang sedang giat bekerja di situ. Makanya diorang punconsult la dengan sami-sami dan akhirnya bina sebuah rumah roh yang lagi grand. Cerewet jugak roh-roh ni sebenarnya, kan? Yela... dah nak bina hotel kot. Wajarlah buat rumah roh yang ala-ala setaraf. Wakakakaka...

Juga BUKAN rumah agam Bracho.

So there you have it, enam langkah untuk diambil oleh korang supaya rumah tidak diganggu hantu atau makhluk halus. Hahaha... selamat mencuba!
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger