Home » » Pocong Dalam Tandas

Pocong Dalam Tandas



Assalamualaikum Va,
Zaza di sini. Saya sekarang berumur 15 tahun dan perkara ini berlaku sekitar lima tahun dahulu apabila saya masih dalam darjah empat. Ini berlaku di dalam sekolah. Saya pada masa itu ada kelas tambahan dan waktu kejadian sekitar pukul 4 lebih petang. Saya pula tiba-tiba terasa hendak buang air kecil dan saya ajak kawan baik saya ikut saya pergi ke tandas. Saya minta kebenaran cikgu untuk pergi ke tandas, cikgu benarkan dan kami pergi.

Dalam perjalanan ke tandas, saya dan kawan baik saya diam saja. Saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku, lantas saya mula rasa resah. Bila sampai di tandas, kami masuk ke dalam. Tandas di sekolah saya ini, lampunya automatik. Bila ada orang masuk, lampu tandas akan dihidupkan dengan sendiri. Bila keluar tandas, ia akan dimatikan dengan sendiri. Tandas perempuan dan tandas lelaki di sekolah saya ini menghadap antara satu sama lain.

Apabila dah habis buang air, hati ini masih tidak tenteram. Tak ada apa-apa yang berlaku di dalam tandas perempuan tapi saya masih resah. Bila saya keluar tandas, jantung saya hampir tercabut kerana saya terperanjat ternampak seperti ada susuk tubuh menyerupai pocong di dalam tandas dan menunjukkan belakangnya.

Saya dan kawan baik saya pun terdiam. Mulut saya terkaku. Tak boleh berkata apa-apa. Saya lihat muka kawan saya pucat. Saya tengok benda itu, badannya seperti sedang memusing dan ingin menunjuk dirinya. Saya dan kawan baik saya dengan serentak cakap, "Satu, dua, tiga... LARI!!!!!!"  Kami dengan pantas lari ke kelas tercungap-cungap. Cikgu tanya kenapa dan kami ceritakannya. Rupa-rupanya, cikgu cakap ada orang pernah bunuh diri di dalam bilik air itu.

Terima Kasih,

Zaza

Thanks zaza
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger