Nama kumpulan Sepah menjadi terkenal selepas mereka merangkul gelaran juara dalam rancangan realiti Raja Lawak terbitan stesen Astro.
Kalau dahulu, mereka dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat banyak tampil dalam drama-drama pendek di beberapa stesen televisyen tempatan.
Malah, bakat mereka bertiga juga diakui dan diiktiraf oleh beberapa pengarah yang begitu yakin mengambil mereka untuk berlakon.
Namun, tidak lama selepas itu, muncul pula satu kejadian atau masalah dalam kumpulan Sepah yang mereka sendiri tidak mampu untuk mengelak.
Semuanya kerana gara-gara sikap salah seorang ahli mereka, Mamat yang dikatakan tidak berdisiplin hingga membawa masalah kepada kumpulan mereka.
Bermula dari situ, Jep dan Shuib telah bertindak keluar dari kumpulan Sepah dan menubuhkan kumpulan mereka sendiri, Sepahtu.
Sejak dari itu, Jep dan Shuib tidak lagi bergerak bersama Mamat yang bekerja secara solo dalam kumpulan Sepah.
Ramai yang beranggapan mereka berdua mempunyai masalah dengan Mamat hinggakan tidak boleh untuk bekerjasama.
Tetapi, Jep telah pun menegaskan mereka masih lagi berkawan dan tidak mempunyai masalah sesama mereka sendiri.
Kata Jep, Mamat pernah meluahkan untuk bergabung kembali, tetapi, Jep dan Shuib mahu mereka kekal berdua dalam kumpulan Sepahtu.
“Mamat pun ok. Lagipun di antara kami bertiga ni sebenarnya memang tak ada masalah pun dan ada ketikanya berhubung diantara satu sama lain. Masa saya call Mamat dia ada bagi tahu untuk cuba bersatu kembali seperti mana dulu untuk satu projek ni tapi saya kata tak apa lah.
“Saya dan Shuib nak cabar diri kami untuk lakukan berdua. Apa yang berlaku dulu tu biarlah menjadi sejarah dan kami semua cuba bersikap profesional jika ianya atas urusan kerja,” kata Jep yang dipetik dari laman Buahmulut.com.
Bagi Shuib pula, mereka sememangnya mahukan tiga orang ahli dalam kumpulan Sepahtu. Tetapi orang itu bukanlah Mamat.
“Asalnya memang nak bertiga, tapi bukan Mamatlah,” kata Shuib ringkas.
Oleh: NAIMAH SHAARI
0 comments:
Post a Comment