Home » » Jom Ajar Manusia Yang Merendahkan Kita & Yang Bongkak

Jom Ajar Manusia Yang Merendahkan Kita & Yang Bongkak


Pernah tak kita mendengar dialog-dialog yang menyakitkan hati? Lantas terasa nak bagi orang yang mengatakan dialog yang menyakitkan hati itu dengan pelempang pecuma? Mesti pernah bukan?

Tetapi malangnya, instead of memberi mereka pelempang percuma, kita menjawap dialog tersebut dengan jawapan yang tidak kurang mahu meminta pelempang percuma juga. Jahil dibalas dengan kejahilan. Maka jadilah Abu Jahal. Eh.

Di sini saya sediakan beberapa jawapan yang anda boleh simpan di kepala supaya sekiranya anda mengalami situasi yang hampir serupa di masa hadapan, anda tahu bagaimana hendak menjawabnya. Bukan sahaja menjawab dengan jawapan yang bijak dan bernas, malah boleh juga menyebabkan mereka mengalirkan air mata keinsafan. Semoga berjaya..!

***

Dialog 1

Seorang yang berstatus tinggi: Eh kamu ingat kamu bagus sangat ke..? Kamu sedar sikit diri kamu tu sapa. Kamu kenal tak saya ni siapa? Eh kamu tau tak saya ni siapa sebenarnya..??
Kita: Ekele kerek doww mamat ni. Weh kau ingat aku peduli ko ni sapa? Ko ingat aku takut..?? Kau pon belum kenal lagi aku ni sapa! *Sambil mensingsing lengang baju, bersedia untuk menumbuk*

Jawapan yang sepatutnya diberikan: Siapa saya? Siapa saya dan siapa kamu itu tidak penting. Yang penting siapa kita di sisi Allah. Allah tak tengok pada rupa paras, harta, pangkat dan keturunan. Tapi Allah tengok pada ketawaan seseoran itu kepadaNya. Allah berfirman di dalam al-Quran... (baca Surah al-Hujuraat, 49:13)  


Dialog 2

Sapeah: Ala sibuk la ko ni nak suruh aku pakai tudung..! Pastu nak suruh aku jaga solat lah, jaga pergaulan lah, apa lah.. Yang ko sibok sangat pasal aku ni buat apa..?? Kubur nanti lain-lain ok..??
Kita: Lantak kau la. Aku dah nasihat cukup bagus. Tu tandanya aku care, aku sayang kat ko. Tapi dah kau pulak angkuh, sombong, ikut suka hati ko la. Ko sendiri yang cakap kan, kubur lain-lain..

Jawapan yang lebih cool: Ya Allah.. Memanglah kubur kita nanti lain-lain. Tapi nanti kalau kubur kau sebelah kubur aku, aku taknak la keamanan aku terganggu sebab bunyi bising, jiran sebelah meraung kena seksa! Kacau aku nak tidur!

Kadang-kadang kita kena berlaku jujur dalam menyampaikan teguran, barulah menusuk terus ke dalam hati! Wuwuwu.. TT__TT [Kredit Gambar]

Dialog 3

Saifudin: Suka hati akulah aku nak bawak perempuan masuk bilik aku hari-hari. Suka hati aku jugaklah aku nak teguk air kencing syaitonirojim tu hari-hari. Yang kau susah-susah nak susah hati kenapa..? Jangan jaga tepi kain aku la..!
Kita: *terkedu sambil geleng kepala* Memang tak makan saman kau ni. Aku dah nasihat kau, kira aku dah terlepas tanggungjawab. Nasib kau la...

Jawapan yang lebih bergaya: Yela, memanglah aku tak hingin pon nak jaga tepi kain kau tu. Masalahnya aku takut nanti kau masuk neraka, kau tarik kain aku sama. So baik aku jaga kain kau sekarang ni daripada kain aku tertarik join kau masuk neraka nanti! 


Dialog 4

Semaun: Weh! Kau tengok baju Ermenegildo Zegna yang aku beli ni! Mahal woo.. Sehelai shirt ni je dah nak dekat RM1000! Kau mana mampu.. Nak beli kain pelikat Cap Gajah Duduk pon belum tentu lagi mampu! Wakakakaka..
Kita: Ekele berlagak nak mampos mamat nih. *sambil mengetap gigi geraham menahan marah* Tak kisah ah aku tak mampu pon, yang penting hati aku bersih. Tak macam kau! kotor! Jijik! Hitam..! Uweekkk..! *sambil menjuihkan bibir pula*

Jawapan yang tampak selamba tetapi pedas: Iye..? Meh tengok sikit. *sambil membelek-belek baju Ermenegildo Zegna tersebut* Wah betullah, cantikla. Tapi kan.. Tak secantik kain kapan yang kau akan pakai nanti la. Putih bersih. Siap ada bau kemenyan lagi..! Jom kita pergi ukur saiz..? 


Dialog 5

Sharipah: Ala bosan la! Nak kena semayang la! Posa la! Tutup aurat la..! I bukan nak jadi ustazah pon. Cukuplah I hati baik, derma kat anak yatim sume tu. U ingat I tak tau ke cerita yang pelacur bagi minum kat anjing pon boleh masuk syurga. I tak boleh cari makanlah kalau tak seksi-meksi ni!
Kita: *mengumpat di belakang* Tak sedar diri. Kalau muka lawa tu takpe la juga. Harap muka rege seposen dua, perasan nak kawen dengan anak raja. Piirraahhh...!

Jawapan yang lebih qawiyy: U lupa kot yang bagi rezeki tu Allah..? Dan kita ni hambaNya, bukan kawan atau sekutuNya. Kalau Dia suruh kita solat, kita solatlah. Kalau Dia suruh kita tutup aurat, kita tutup aurat. No question asked. Nanti kat akhirat, Dia suruh kita masuk neraka, kita nak menjawab apa..?

Oh tidak perlu begini untuk menyampaikan mesej. Cukuplah dengan kata-kata yang bersopan-santun tetapi pedas dan mengoyakkan. ;) [Kredit Gambar]

Dialog 6

Saipol: Ala bro, rilek ah. Hidup ni masih muda. Bagi la aku can nak merasa keseronokan duniawi. Nanti dah kawen, dah ada anak, dan tua sket, insaflah aku. Taulah aku nak solat, nak jadi manusia yang bertanggungjawab sket..!
Kita: Maut tu tak mengenal usia, tak mengenal siapa. Bertaubatlah kawanku sebelum terlambat. *sambil membuat gaya ala-ala menyanyikan nasyid*

Jawapan yang kompem akan mengalirkan air mata: Eh, anak jiran kau, Mak Cik Temah, si Halim tu, berapa umur dia time dia meninggal tu..? 10 tahun ek..?


Dialog 7

Seorang Pak Cik Tua tak sedar diri: Eh kamu jangan nak sibok-sibok hal orang tua! Kamu tau tak pak cik ni dah 5 kali naik haji..? Pak cik lagi tau pasal hal-hal agama ni daripada kamu! Jangan memandai-mandai nak tegur aku ni!
Kita: *geleng kepala sambil membuat muka tak puas hati* Pak cik pak cik.. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Insaflah pak cik. Pintu taubat tu sentiasa terbuka.

Jawapan yang lebih comel dan matang: Mus'ab bin Umair berapa umurnya ya ketika dihantar ke Madinah? Adalah 20 tahun lebih. Umar al-Khattab memeluk Islam ketika berumur berapa eh? 27 tahun. Sultan Muhammad al-Fatih menawan Konstatinopel ketika berusia..? 22 tahun. Dan penghuni-penghuni syurga nanti semua muda-muda belaka. Uih, best jugak jadi orang muda ni. Peluang nak masuk sorga lagi cerah. Eh, mana orang tua-tua..? *buat muka pelik bin hairan*

***

Begitulah lebih kurang. Jika anda nak salin dan tulis di dalam buku nota kecil pon bagus juga. Boleh hafal di dalam bas atau tren sebelum ke tempat kerja! Wahahaha..

Oh saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda dihadiahkan dengan penampar Jepun percuma setelah mengaplikasikan jawapan-jawapan yang saya sediakan ini ya..? Hihihi.. 

Ayuh kita teruskan usaha membina manusia yang diredhaiNya..! Senyum.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger