Home »
» GAZA, ANTARA TRENDING DAN ISU SOKONGAN
GAZA, ANTARA TRENDING DAN ISU SOKONGAN
Berdasarkan apa yang disebarkan dan tersebar samada secara langsung atau tidak langsung. Gaza bagi saya ia merupakan suatu isu yang menunjukan sebuah kebangkitan sejagat,walau bukan turut berperang menggunakan senjata disana, saya lihat ramai yang sudah sedar atau mungkin disedari tentang isu ini.Contohnya di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter,sudah banyak page-page support yang telah dibuka dan ada juga yang telah lama dibuka. Syabas rakyat Malaysiaku, ternyata mata hati kamu sudah terbuka. Walau kita tidak mampu untuk melawan suatu kuasa dunia yang begitu gah dari segala aspek.Antara sedar atau tidak sedar, Israel telah meluaskan pengaruh hampir keserata dunia. Suka saya memetik dari sejarah lama perluasan kuasa kaum Yahudi ini,Selepas penguasaan kembali tanah Palestin oleh kerajaan islam iaitu dibawah kepimpinan Salahuddin Al Ayyubi, Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing. Penyatuan ketika itu masih lagi kukuh dan kuat dibandingkan dengan sekarang,zaman globalisasi kepentingan akal kudrat,pangkat dan darjat. Tetapi selepas kemunculan seorang perisik dari Britain iaitu Lawrence of Arabia telah menyuburkan nilai dan semangat Nasionalis di negara-negara arab dan ini telah menyebabkan Pejuang Arab atau Nasianalisma Arab telah menyerang kerajaan Turki Utmaniyyah. Pada ketika itu kerajaan arab dibawah kepimpinan Emir Faisal 1 telah berpaling tadah dari hakikat perjuangan dan telah menjadi tali barut kepada Britain dan sejak itu jugalah kerajaan Britain telah menakluk tanah arab bermula di Iraq sama seperti zaman penjajahan tanah melayu suatu ketika dahulu dimana Britain telah menakluk Tanah Melayu melalui tali barut yang juga seorang melayu islam ketika itu walau ini tidak terkandung dalam buku teks sejarah hari ini. Jangan terkejut juga jika sekali lagi tanah melayu akan dijajah kembali oleh pengaruh besar ini juga melalui tali barut.
#savegaza
Related Articles
If you enjoyed this article click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment