Home » » Mari Lah Kita Ketawa!

Mari Lah Kita Ketawa!

Pantai Timur

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!













ii. Katil Maut


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...


Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..


Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...









iii. Adlin Aman Ramli – Saksi ke 3

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!


vi. Pertunjukan Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger