Home » » Kita sedang menghampiri kiamat.

Kita sedang menghampiri kiamat.

Tahukah anda bahawa tanda-tanda kiamat yg Rasulullah telah nyatakan beribu-ribu tahun lepas,telah mula muncul pada zaman ini?

Mari berfikir sejenak,

Cukupkah amalan kita utk masuk ke syurga-Nya?

Layakkah kita masuk ke syurga-Nya?

Hurm..

Cukuplah dgn hanya dua perkara tersebut..;)

Antara hadis Rasulullah tentang akhir zaman ialah :

Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."

* Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."

* Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"

* Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"

* Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."

* Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."

* Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"

* Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."

* Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"

* Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai"

* Sahih Muslim*

Doa memohon ampun atas dosa yg telah kita lakukan :

Ampunkan dosa kami Tuhan!

Kami selalu membuat dosa

Maafkan kami Tuhan

Agar selamat kami dari neraka

Anugerahkan kami taubat Tuhan

Engkau adalah penerima taubat

Kami tidak mampu masuk nerakaMu

Kerana azabnya gerun dan dasyat tidak terperikan

Dengan rahmatMu, ampunkanlah kami

Atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami

Kalau Engkau azab kami

Kamikan hambaMu jua, Tuhan

Engkau ampunkan kami, kebesaranMu tidak jejas

Engkau ampunkan kami, keagunganMu tetap tidak tergugat

Kerana tiada siapa yang boleh menggugat

Kerana siapa itu adalah ciptaanMu

Kami senantiasa mengharap, kami senantiasa meminta

Kami tidak akan putus asa denganMu selama-lamanya

Kami tidak jemu-jemu meminta

Hinggalah dengan rahmatMu

Dosa kami Engkau ampunkan

Aa..Miiin


note : Please share utk kebaikan bersama..

;)

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger