KAMBING....
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam
dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan
biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab
soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)
CIKGU2....
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut
supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat
tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
11 cerita pelik;
Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
=====================================
Cerita 2
Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
=====================================
Cerita 3
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
======================================
Cerita 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
======================================
Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.
Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
========================================
Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"
========================================
Cerita 7
Orang Asli Dan Polis
Orang asli : selamat pagi tuan
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."
=========================================
Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke
saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.
=========================================
Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin
sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
=========================================
Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab
atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan
atok duduk dalam tong merah tu?"
========================================
Cerita 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat
berkenaan.
Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya!"
Pak Pandir beli Handphone
Post by strongrider88 on Mon Nov 24, 2008 10:41 pm
Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya
Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang
sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai
handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan
canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik
inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup
pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh
guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian,
urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir
rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah
Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"
*
*
*
*
*
*
*
Kalau sampai Ipoh...
Post by Zero on Mon Nov 24, 2008 9:20 am
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
*
*
*
*
*
*
*
**MASALAH LOGHAT AG**....adeyh...
Post by remyfarhan on Sun Dec 21, 2008 12:49 am
lawak loghat bahasa kedah vs T'Ganu
--------------------------------------------------------------------------------
Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik.. katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer. One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara.. " Amer.. nok ujang.." "Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer. "Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa. " Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer. "Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras. "Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka" Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah. "Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab.. Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.. wakaka...
nyanyuk
--------------------------------------------------------------------------------
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke.. salah ke.. Apa yang kamu pesan tadi"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY." kuda
--------------------------------------------------------------------------------
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ"
_________________
jika x cukup ilmu, ramaikan kawan. mesti byk ilmu lepas tu
Home »
» Lawak gilerrrr
Lawak gilerrrr
Related Articles
If you enjoyed this article click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment