Home » » lawak baru

lawak baru

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
Guru : “Kamu ni murid baru kan ?”
Murid : ” Ya.. cikgu”
Guru : “Nama kamu siapa?”
Murid : “Man”
Guru : “Nama panjang kamu?”
Murid : “Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu”
____________________________________________________________________________________-__
klau org kata kau hodoh,kau diam kan sja,klau org kata bdan ko berkurap, kau wat slamber jer,klau org kata ko busuk, kau syum jer, tp klau org ckp ko hensem,kau lempang jer.... n ckp" xbaik menipu!!!!!!!!!!!

______________________________________________________________________________________

Seorang peguam berpendapatan RM 700 ribu sebulan tetapi tak pernah bagi derma. Satu hari, seorang wakil rumah anak-anak yatim datang berjumpa untuk meminta derma. Ikutilah diolog mereka:



Peguam: Awak datang nak mintak derma?

Wakil: Ya.

Peguam: (Tengok wakil atas bawah) Awak tahu perihal ibu saya yang sakit di wad dengan kos perubatan RM 300 ribu sebulan?

Wakil: (Takut-takut) Tak.

Peguam: Awak tahu pasal abang saya yang cacat, buta dan lumpuh yg hanya terlantar di rumah dengan kos hidup RM 100 ribu sebulan?

Wakil: (Makin takut) Tak.

Peguam: Atau awak tahu pasal kakak saya yang kematian suami dengan seorang anak yang mengalami sakit kronik yang memerlukan kos hidup RM 150 ribu sebulan?

Wakil: (Menggeletar, takut giler la ni) Tak. Maaf saya tak bermaksud....

Peguam: Kalau mereka pon saye tak bagi duit, kenape saya nak bagi duit pada anak yatim tu?

__________________________________________________________________________________-__

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

____________________________________________________________________________________-

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."dan ckp kepada mereka yang anda terlalu bodoh untuk mengunakan kompuer''

----------------------------------------------------------------------------------------
Dalam satu pertandingan untuk mencari jaguh pedang dunia,tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.Jaguh pedang dari Sepanyol,Jepun dan Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan mereka bermain pedang kepada para penonton.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya,sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas.Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran jaguh Jepun menghunuskan senjatanya.Kepantasan jaguh Jepun memang tiada tandingan,dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji jaguh Jepun itu.

Kini giliran jaguh pedang dari Malaysia.Segera ia menghunus pedangnya,mengibas ke kiri dan kekanan.Lalat ketiga masih terbang di udara,tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza.Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian,jaguh pedang Malaysia segera berkata,"Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan....

_____________________________________________________________________________________

Cikgu:Hari nie kita belajar pasal komputer
Kalleng:Senang je tu
Cikgu:Betul ke?? ko tahu apa tu MS office
Kalleng:Cikgu bagi alamat office tu...

______________________________________________________________________________________

pada suatu hari ada seorang pemuda gi beli ms word 2007 di kedai computer . selepas 30 hari dia nak sambung wat projek . dia bukak je terus keluar satu mesej mesej nya ia lah 30 hari mencuba sudah berakhir. pastu pemuda tu pun pelik dia kata software pun ada tarikh luput pelik. pemuda tu pun telepon microsoft .



pemuda : halo ni microsoft office ke

pekerja microsoft : ye ini ms ofice

pemuda : saya beli ms word 2007 tapi selepas 30 hari

saya guna ms word dan dia keluar satu mesej

yang berkata 30 hari mecuba sudah berakhir

pekerja microsoft : oo maksud dia encik tak boleh guna ms word

selepa tiga puluh hari

pemuda : tak guna punya microsoft dia ingat software tu

makanan ke nak ade tarikh luput buat habis duit

aku je

pekerja microsoft : bukan tiga puluh hari mencuba sudah berakhir

bermaksud encik kena lah masukkan serial key

pemuda : serial key yang ada tulis nombor dan huruh

pekerja microsoft : ye

pemuda : oo kertas tu saya dah buang dalam tong sampah

saya ingat kertas biasa je

pekerja microsoft : kalau macam tu encik daftar akaun di hotmail

pemuda : kat mana

pekerja microsoft : kat internet explorer /mozilla firefox/atau internet

browser yang ada kat kumputer encik

pemuda : semua internet saya tak leh guna

pekerja microsoft : kenapa

pemuda : sebab saya takde internet broadband

pekerja microsoft : encik ni bengap betul cakap la awal-awal

pemuda : hoi kuang ajar ko pangil aku bengap tak guna

punya microsoft . dah la nak guna ms word

cuma tiga puluh hari tak guna .

selepas kemarahan pemuda itu pun letak tepon dia.pekerja microsoft pun cakap dia ni pelupa ke bodoh aku dah cakap kena bubuh serial key tapi lupa kesian lah pemuda ni


_________________________________________________________________________________________

MALAM ITU SEPASANG SUAMI ISTERI DAH BERSIAP-SIAP NAK MASUK KE BILIK TIDUR BILA TIBA-TIBA MEREKA TERDENGAR SUARA ANAK BONGSU MEREKA MENANGIS. MEREKA PUN PERGI MENDAPATKAN ANAK MEREKA ITU LALU BERTANYAKAN MENGAPA DIA MENANGIS. SI ANAK MENJAWAB DIA TERTELAN DIUT LIMA SENDAN SEKARANG DIA TAKUT AKAN MATI SEBAB TERTELAN DUIT ITU LALU MENANGIS TERESAK-ESAK..... SI AYAH BUNTU NAK MEMUJUK ANAKNYA ITU TIBA-TIBA TERINGAT DUIT DIDALAM POKET SELUARNYA LALU MENGELUARKAN DUIT LIMA SEN KEMUDIAN SI AYAH B. ERPURA-PURA MEMBUAT MAGIK DAN MENGELUARKAN DUIT LIMA SEN DARI TELINGA ANAKNYA.."Ha,kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
____________________________________________________________________________________-

suatu hari ada sorang pelancong namanya john.john baru tiba di malaysia.nak dijadikan cerita.dia peg ke sorang pakcik yang bodoh alang alang.

john:good morning.

pak cik:memang kepala aku pening.

john:can you help me?

pakcik:aku ta jual mi la.

john:what??

pakcik:woi! aku tal pakai cawat la bengong la bengong!!

john:what the hell are you?!!

pakcik:nama aku bukan ayu la bodo!

john:do you want to help me or not?

pakcik:woi!ko ada hubungan ngan isteri aku jenot?lelaki bangsat!!

john:how you?

pakcik:berani ko panggil aku hawau!bangang!!

akibat tensen john pun blah meninggalkan pakcik bodo itu
_____________________________________________________________________________________

Di dalam sebuah kelas komputer, Kolej BUTAIT (bukan nama sebenar, kalau sebenar pun bukannya korang nak amik tahu)... cikgu baru mengajar murid dewasa tahun satu (masing-masing freshie)... bab1 iaitu mengenal komputer. Baru habis mengajar bab 1, anak murid yang tak paham bertanya.

Murid 1: Ciigu... nape huruf ke atas ni (keyboard) lintang pukang?

Cikgu: Tak semua ciptaan manusia tu sempurna (sambil muka selamba sadin je...)

Murid 2: Apa beza komputer dengan komuter?

Cikgu: Eh... eh... lawyer burock punyer soalan... Cikgu tanya kamu balik, apa beza Internet dengan InterMilan?

Murid 3: Game apa yang ada dalam komputer ni?

Cikgu: Soalan yang paling bagus. Ada bawa CD game?

Memang susah nak mengajar murid dewasa. Lain yang diajar, lain yang ditanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Zali aku betul2 nak pinjam kasut kau ni. Hari ni jer."

"Masalah nya aku takde kasut lain."

"Ala mesti ada kasut yg dah lama kau tak pakai. Cuba kau ingat balik."

"Jap... ha aku ingat ada satu kasut tu. Nanti aku ambik."

Lepas dah ambik....

"Ingat Joe lepas guna kasut snorkeling tu pulang balik kat aku. Jangan nak buat harta ok?"

Aku patah-patahkan jugak leher dia ni.
_____________________________________________________________________________________

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang..HAHHA..ASAL-USUL..
___________________________________________________________________________________--
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger