Dunia serba moden, dimana-mana pun ada Free Wifi ataupun Hotspot. Kedai mamak, cafe, shopping complex mahupun college. Tahukah anda perbuatan ini sangat mudah untuk terkena sniffing atau spoofing.
Apa itu Sniffing?
Seseorang hackers/sniffer itu akan menjadi monitor jaringan atau network analyzer. Jadi dia akan dapat mencuri packets data melalui lalu lintas yang berada di jaring yang sama. Mesti susah nak fahamkan? Okay saya bagi contoh.
Semasa mangsa menggunakan wifi di tempat hotspot, mungkin ada salah seorang pengguna disitu adalah hacker. Jadi semasa mangsa membuka apa apa account seperti facebook ataupun twitter, hackers dapat melintasi traffic dengan sniffing untuk mencuri packets data. Jadi dia dapat menggunakan account mangsa. Faham?
Cara elak dari terkena mangsa Sniffing :
Anda memerlukan Virtual Private Network (VPN) boleh didapati dengan mudah pada masa kini. Dengan VPN anda dapat elak dari terkena sniffing dan tanpa menjejaskan data sensitif anda. Pelbagai VPN boleh didapati, yang Percuma mahupun yang Berbayar. Jadi saya cadangkan anda menggunakan CyberGhost VPN(klik untuk download)
Ini sahaja untuk entri kali ini, sekian
0 comments:
Post a Comment