Home » » Penyelesai Isu Oppa Gangnam Styler Versi Islam

Penyelesai Isu Oppa Gangnam Styler Versi Islam


Assalamualaikum .... hehe ^^

Sejak dua tiga minggu ni giat orang perkata soal video di youtube.Video apa???

GANGNAM STYLE....

HUH??! Ape kebende style nyer tu??

Beginilah reaksi awal bila saya dengar satu istilah baru yang terbit dari mulut orang sekeliling.Setelah mencari dan mencari (searching..and searching) di internet,didapati ada yang memberi ulasan tarian ini bagus dan ada juga sebaliknya.
 

Secara totalnya tarian ini baik atau tidak?? Jujur saya perkatakan yang saya sudah menonton sendiri video di youtube dan solusinya adalah banyak yang tak baik dari yang baik!

SIHAT???

Dari sudut tarian ,yang kononnya memelukan stamina yang tinggi serta boleh menyihatkan badan.Betul ke boleh sihatkan badan??? YES! memang tak dinafikan sebab kita akan berpeluh seperti orang mandi hujan lepas menari "terkinja-kinja" .

Tapi ini sajakah cara untuk kita sihatkan badan? untuk menjadi Mukmin yang cergas?

NO...NO...NO.... ~ Sama sekali bukan ini saja caranya.Cuba refresh minda kita yang hampir dibekukan Yahudi dan Nasara ini dengan sepotong hadis Rasulullah.





“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”al hadis

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)


Jadi,adakah kita ikut saranan RASULULLAH SAW???

HARAM ke HALAL ???

Baik! Haram atau tidak bukan suka-suka boleh jatuh hukum sebab saya insan yang biasa. Tapi dari akal yang sihat ini,kita mampu membezakan yang HARAM dan HALAL bukan?

Tarian ini sama sekali kalau dilakukan oleh seorang muslim seolah-olah memalukan diri sendiri.Dengan gerak tari yang seperti orang "hilang punca".Tambahan ada dengar khabar dan melihat satu video yang menunjukkan tarian ini dijadikan "senamrobik".

Dengan berlakunya IKHTILAT(campur gaul lelaki perempuan bukan mahram tanpa batas) denganaurat didedah,terkinja-kinja depan ajnabi.Inikah yang dikatakan nak sihatkan BADAN? dan layakkah dilabelkan ianya HALAL disisi ISLAM??!

Jangan terlalu jumud dengan agenda kuffar yang tak putus-putus merosakkan ISLAM

SO....???


Secara konlusinya minda kita yang kononnya dikatakan maju dan kehadapan sudah meninggalkan AGAMA dibelakang.... Benar kan? Dahulu dengan "poco-poco" yang dibawa dari gereja Filippina dan kini fenomena "GANGNAM STYLE" dari negara yang majoriti mereka "athiest" (tidak percaya tuhan).

Jadi,sebelum menjadikan ikutan,nilai dan kaji sehabis baik atau setidaknya tanya pada ulama' untuk mendapat kepastian yang lebih terang.Jangan al-Quran tak pandai baca, tapi GANGNAM STYLE ditarikan saban waktu dan liriknya sering membasahi bibir berbanding ZIKRULLAH!

*Sedikit karya dari akhi Rusydi aka Syabab Musafir Kasih:


*(UAI) Ustaz Azhar Idrus turut memberi ulasan beliau :




[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger