Home » » Jangan Buat Semasa Tido

Jangan Buat Semasa Tido




1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.
Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

*aku bukan pemakai jam. jadi aku tak payah nak tanggalkan jam...

2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.
Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.

*yang ni unstoppable habit kot. memang aku letak phone kat tepi nak buat alarm. kalau takde, tak tau la...

3. Jangan tidur dengan muka yang bermekap.
Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

*rasanya aku tak penah pakai mekap semasa hayat aku. apa lagi time tido...

4. Jangan tidur dengan memakai coli.
Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.

*sama macam ayat aku kat atas. aku tak penah lagi pakai mende tu semasa hayat aku. mana mungkin tiba-tiba time tido aku nak pakai...

5. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.
Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.

*erm...no komen about this. ok dah kot setakat ni...

6. Jangan tidur tanpa seurat benang.
Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.

*agresif cara tidurnya? biarpun aku tido penuh ngan kesopanan pun aku still berbenangkan badan aku masa tidur...

p/s Jangan lupa sebelum tidur berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan. 
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger