1. Mendengar: Berikan ini kepada yang memerlukan, dan andau hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.
2. Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda.
3. Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Puji-Pujian: Sesuatu yang mudah seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang.
6. Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.
7. Bersendirian: Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, anda masih menang.
10. Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa anda.
0 comments:
Post a Comment