Home » » Lelaki Suka Dan Tidak Suka(NOTE)

Lelaki Suka Dan Tidak Suka(NOTE)

Antara sikap Lelaki Suka Dan Tak Suka terhadap wanita dalam mencari pasangan ialah :

Lelaki suka:

* Sikap kelakar

* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya

* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun

* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

p/s : Anda sendiri (wanita) perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger