Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Mesti Bace! Duit Syiling Baru 2012

Friday, October 21, 2011

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran 1.

Reka Bentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

Denominasi

Ikon

50 sen

Sulur Kacang

20 sen

Bunga Melur

10 sen

Orang Asli Motif

5 sen

Destar Siga



  • Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


CLICK HERE(utk yg lebih lanjut)

haha Kene Tipu Dengan Mak Cik!

Thursday, October 20, 2011

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

LepaS mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian dihati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hatiyang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayarbarang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.

Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..

"Haah???????!!!!"....

Jom Main TeKa Teki!!!

A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

B)Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
- Misai

C)Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal gatal?
- Batang Keladi

D)Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
- bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke Tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F)Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok Iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
- Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
-Penguin

H)Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....

I)Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

J)Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox


K)Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain

L) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
- Si Katun ler....hehehhe

Cerita Sedih =..=!

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.


PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger