Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

berjubah di dalam klip video di syria manusia atau malaikat?

Tuesday, July 31, 2012


berjubah putih manusia atau malaikatBerjubah di Dalam Klip Video di Syria Manusia atau Malaikat. Suatu kisah yang amat ganjil dan sangat menarik untuk di kongsi kepada pembaca setia blog ini iaitu mengenai satu klip video berjubah putih di Syria manusia atau malaikat. Menurut sumber yang boleh di percayai di dalam video 3.55 minit itu memaparkan seakan-akan seorang lelaki yang berjubah dan beserban putih dilihat menuju ke arah seorang yang di tembak oleh tentera Basyar Asad ketika orang ramai sedang kalut mengangkatnya tanpa ada kesan darah melekat pada bajunya.

Ikuti petikan yang di ambil dari blog Ustaz Nik Nasri ini:
Satu klip video selama 3.55 minit yang diupload memaparkan tentera Basyar Asad laanahumullah menembak rakyat. Ada yang mati dan luka. Seorang lelaki berjubah dan berserban putih dilihat tenang menuju kepada seorang yang ditembak ketika orang lain begitu kalut, mengangkatnya tanpa ada kesan darah melekat di bajunya.
Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.
SUMBER: USTAZ NIK NASRI

Hacker Hacker Malaysia Bersatu

Monday, July 30, 2012


Mac 13 - Hacker-Hacker Malaysia Bersatu [ HBM ] telah ditubuhkan . Melalui tinjauan pihak kami  mendapati
kumpulan itu telah di buat oleh beberapa penggodam yang lain . Motif kumpulan ini ditubuhkan adalah
untuk menyatukan semua kumpulan-kumpulan hacker yang ada di Malaysia . Dalam pemerhatian pihak kami
menyaksikan mereka telah bersepakat untuk menyatukan semua hacker dan untuk menjaykan satu misi
untuk menyerang hacker melakukan cyber attack ke ats malaysia . berikut adalah kumpulan-kumpulan
hacker yang menyertainya dan juga visi mereka :

- We Are Hackers From Malaysia -

- Macho Cybersec [MC]
- DragonForce [ DF ]
- Rilekscrew [ RC ]
- Putera Army RileksCrews [ PARC ]
- Malaya Hacker Crew [ MHC ]
- Silent Walker Army Team [ S.W.A.T ]
- PhantomCrews [ PHC ]
- Hacker Intelligent [HI]
- Hax-Nemesis [HN]
- Harimau Malaya Cyber Army [ HMCA ]
- B L A C K O P S [ OPS ]
- Silent Hackers Crew [ SHC ]
- Evil Under 18 Hacking Crew [ EU18HC ]
- Kelantan Hacker Crew [ KHC ]
- Unknown [ ? ]
- Guest Who [ ? ]
- Angkatan Penggodam Malaysia [ APM ]
- Macho CyberSec [ MCS ]
- TD Dimension [ TD ]
- Cat-Devilcode [ CDC ]
- D3xtop Cr3w [ DC ]
- Islamic Cyber Hacker [ ICH ]
- L33t Hacker [ LH ]
- Fir3 Cr3w [ FC ]
- N0T3P4D CR3W [ NC ]
- Rangers Hacker Crew [ RHC ]
- Stylerz CyberSec [ SCS ]
- Cyber Special Force [ CSF ]
- NextG [ NextGeneration ]
- Silence Hacker Academy Crew [ SHAC ]
- Cazen Vapour Hackers [CVH]
- High Castle CREW [ HCC ]
- Assasin Crew [ AC ]
- Crew 9 [C-9]

- Hacker Cat Malaysia Crew [HCMC]
- Exe Crew [ EC ]
- AlienForce [AF]
- CoWRoYzCReWz
- Illusion CyberCrime [ICC]
- Th3 kill3rx s3c cr3w [TKSC]
- Toxic Crew [TC]
- Jok3r Hack3rz Cr3wz [JHC]
- BlackBoxHacker [BBH]
- GilerSiberCrew [GSC]
- FoxCrews [ FC ]


We Hack For Our Honour
Let Us Show Malaysian Hackers Professionalnity
If Before This We're Enemy , Now We Are Friends
We Are Legion , Fight For Our Right!

Pocong Dalam Tandas

Sunday, July 29, 2012



Assalamualaikum Va,
Zaza di sini. Saya sekarang berumur 15 tahun dan perkara ini berlaku sekitar lima tahun dahulu apabila saya masih dalam darjah empat. Ini berlaku di dalam sekolah. Saya pada masa itu ada kelas tambahan dan waktu kejadian sekitar pukul 4 lebih petang. Saya pula tiba-tiba terasa hendak buang air kecil dan saya ajak kawan baik saya ikut saya pergi ke tandas. Saya minta kebenaran cikgu untuk pergi ke tandas, cikgu benarkan dan kami pergi.

Dalam perjalanan ke tandas, saya dan kawan baik saya diam saja. Saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku, lantas saya mula rasa resah. Bila sampai di tandas, kami masuk ke dalam. Tandas di sekolah saya ini, lampunya automatik. Bila ada orang masuk, lampu tandas akan dihidupkan dengan sendiri. Bila keluar tandas, ia akan dimatikan dengan sendiri. Tandas perempuan dan tandas lelaki di sekolah saya ini menghadap antara satu sama lain.

Apabila dah habis buang air, hati ini masih tidak tenteram. Tak ada apa-apa yang berlaku di dalam tandas perempuan tapi saya masih resah. Bila saya keluar tandas, jantung saya hampir tercabut kerana saya terperanjat ternampak seperti ada susuk tubuh menyerupai pocong di dalam tandas dan menunjukkan belakangnya.

Saya dan kawan baik saya pun terdiam. Mulut saya terkaku. Tak boleh berkata apa-apa. Saya lihat muka kawan saya pucat. Saya tengok benda itu, badannya seperti sedang memusing dan ingin menunjuk dirinya. Saya dan kawan baik saya dengan serentak cakap, "Satu, dua, tiga... LARI!!!!!!"  Kami dengan pantas lari ke kelas tercungap-cungap. Cikgu tanya kenapa dan kami ceritakannya. Rupa-rupanya, cikgu cakap ada orang pernah bunuh diri di dalam bilik air itu.

Terima Kasih,

Zaza

Thanks zaza

Telefon Bimbit Arwah Ayah


Assalamualaikum Va dan para pembaca blog va sekalian,

Selamat malam. Nama saya Muhammad Surya (bukan nama sebenar) dan pengalaman misteri yang saya ingin ceritakan berlaku enam tahun yang lalu, selepas ayah saya meninggal. Pengalaman ini tidaklah seseram mana pun. Ianya mungkin hanya satu kebetulan atau memang benar-benar misteri.

Ayah saya meninggal pada bulan November 2006 dan sebelum jenazahnya dibawa pulang ke rumah Wak (kakak kepada ayah) saya di kawasan barat Singapura, jenazahnya ditempatkan di “mortuary”. Barang-barang milik ayah termasuk telefon bimbitnya telah diserahkan kepada saya kerana ayah telah dibawa ke hospital sebelum meninggal.

Saya bermalam di rumah Wak selama tiga malam selepas jenazah ayah dikebumikan dan telefon bimbitnya dihidupkan kerana saya berpendapat bahawa kemungkinan ada lagi kawan-kawan arwah ayah yang belum tahu tentang kematiannya. Keesokannya sedang saya duduk di ruang tamu rumah Wak saya, telefon rumahnya berdering dan Wak menyuruh saya menyambut panggilan telefon itu.

Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat di mesin “caller ID”, nombor yang tertera adalah nombor telefon bimbit arwah ayah. Saya mengangkat telefon itu dan meletakkanya ke telinga saya.

Sebenarnya apa yang telah berlaku adalah, saya terlupa yang saya telah menyimpan telefon bimbit arwah dalam kocek seluar yang sedang saya pakai dan kemungkinan besar, geselan kaki saya telah terkena pada butang "call" di telefon bimbit itu. Tapi yang anehnya, nombor telefon rumah Wak saya bukanlah nombor yang terakhir yang dipicit arwah ayah.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak sempat berjumpa dengan ayah pada malam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana saya di sebuah tempat di mana resepsi telefon bimbit telah dihadang. Jadi panggilan dari saudara-mara dan pihak polis tentang perkhabaran buruk itu tidak saya terima. Oleh kerana itu selepas ayah meninggal, saya berasa amat terkilan dan penuh penyesalan dan banyak termenung. Itu sebabnya saya terlupa yang telefon bimbit itu ada di dalam kocek seluar saya.
 
Mungkin panggilan dari telefon bimbit ayah suatu kebetulan atau mungkin ianya sebagai tanda yang arwah tahu saya amat merindunya. Yang penting, pada setiap solat saya, doa untuk ayah Insya-Allah tidak pernah terlepas dari bibir saya dan harapan saya adalah ayah tenang di sana.

Terima kasih mengutarakan kiriman email saya yang panjang dan tak berapa seram ini.

Yang Benar,

Muhammad Surya

Thanks sebab share .. ada sape2 lagi nak share? inbox fb aku 

Kawasan Perumahan Berhantu di KL



Selamat tengah malam VA,

Tentunya saya ada kisah yang menyeramkan, yang ingin saya kongsi bersama para pembaca, terutama sekali rakan-rakan saya yang kini berada di tanahair Singapura. Ketika saya melakarkan emel ini, saya sedang berada di pejabat saya di Cheras, Kuala Lumpur. Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam.

Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.

Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.

Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.

Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.

Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ''jam brake'', keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.

Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ''Alamak, terpijak bangkai pula...'' Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.

Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara otomatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.

Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.

Saya: "Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh'...'

Izad : "Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?''

Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.

Saya : ''Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?''

Beliau terdiam seketika.

Izad: "Kau biar betul?"

Saya: ''Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?''

Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.

Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.

Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ''horn'' di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.

Saya: "Jat, apa yang kau cari?"

Izad: "Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini..."

Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.

Izad: "Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah..."

Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.

Saya: "Semalam, aku balilk dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia...''

Izad: "Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?"

Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.

Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.

Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, "Azlan... Azlan...'' Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat. 

Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.

Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ''Jalan ini 'kotor'. Berhati-hati''. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina.  Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.

Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.

Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.

Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.

Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan.

Terima Kasih

Sekian,

Muhammad Azlan Shah A.K.A GodDaddy...

Thanks Bro

Korang ade cerita x? meh la share

Funny Pic 2



Lagi gambar















Funny Pic 1


Koleksi pelbagai gambar untuk tatapan.

lagi gambar















Jam Tangan Bernilai Jutaan Dolar


"masa itu emas". Jam tangan ada juga yang harganya jauh lebih tinggi dari emas.
Berikut adalah antara jam tangan yang harganya melepasi 1 juta dollar (USD) dari pembuat yang pelbagai.

lagi gambar














Setting Domain Intuit ke Blogger

Saturday, July 28, 2012

Intuit, Silahkan Daftar saja di Web tersebut.
2.Silahkan Pilih Menu DOMAINS
3.Buka Manage Your Intuit Websites Domains
4. Klik Advanced DNS settings.
5.Setelah anda sudah mesuk ke Halaman Domains Manager, Klik Edit Maka akan Muncul DNS Editor
6.Pada Form A Records, Tambahkan menjadi 4 Form dengan cara Klik Add a New A Record.Dan atur Sebagai berikut:
Pada Kolom HOST jadikan "@" semua, dan Isilah Points To sebagai berikut:
1.> 216.239.32.21
2.> 216.239.34.21
3.> 216.239.36.21
4.> 216.239.38.21 

Atur sesuai Urutannya....
7.Dan rubah pada Kolom CNAMES menjadi isi Host "www", dan isi POINTS To dengan : "ghs.google.com"
8.Lalu Setting Domain Ke BLog


1.Login ke Blogspot anda dan cari blog yang akan anda ubah, klik Setelan
2.Penerbitan
3.Beralih kestelan lanjut 
4.isi alamat domain anda yang baru di kotak yang telah di sediakan 
5. Isilah verifikasi kata yang ada dan akhiri dengan klik tombol SIMPAN SETELAN.

Hasil Settingan Domain Intuit Akan Terlihat Seperti :
Hasil Settingan Domain Dalam Blogger :

Cara Baru Mendapatkan Domain Gratis Dari Intuit

Setelah mencari kesana kemari cara untuk mendapat Top Level Domain secara gratis, akhirnya saya telah menemukan cara mendapatkannya gratis. Dan domain gratis tersebut saya dapat dari Intuit dan telah saya praktekkan, hasilnya saya telah mndapatkan domain yang saya inginkan secara gratis dari Intuit. Nah bagi kalian yang ingin mendapat domain .com .net .org .info .biz .name secara gratis seperti saya, silakan ikuti langkah-langkah dibawah ini :

1. Daftar untuk mendapatkan akun dari Intuit. (Daftar Disini)
2. Kemudian isi semua data yang diminta.



3. Lalu klik “Choose a domain (www.yourname.com) for your website”.



4. Masukkan nama domain yang kalian inginkan.
5. Jika Domain yang kalian inginkan tersedia klik "Get Domain".



6. Selanjutnya isi lagi semua datanya seperti Nama, Email, Nomor HP, dll.



7. Setelah itu kalian akan diarahkan ke halaman Info kontak, Jangan centang Domain Privasi (Nanti Akun Kalian Bisa Disuspend) cukup Centang Saya Setuju (I Agree) lalu klik Submit.



8. Kemudian akan muncul halaman pop out yang tujuannya untuk meminta Informasi dan alamat penagihan domain kalian (Domain yang kalian minta gratis, tapi untuk melindungi terhadap penipuan mereka membutuhkan informasi penagihan domain kalian).
9. Pada bagian credit card isi seperti dibawah :
Nama card = Isi Terserah
Nomer card = 4067424205414109
Exp date = 02/13
Security code card= 145



Domain yang kalian inginkan akan diproses dalam waktu kurang dari 24 Jam, jadi silakan tunggu hingga domain kalian aktif, tapi biasanya hanya membutuhkan waktu 3-5 Jam saja.
 

Gunakan dengan bijak ya kak 

NB:
- Order hanya boleh 1 domain dalam 1 akun, nanti domain kalian bisa mati semua.


Tips: Jika akun kalian di suspend/dinonaktifkan ada sedikit tips supaya akun kalian tidak di suspend/dinonaktifkan. Daftar di Intuit, biarkan saja itu akun jangan di otak-atik & jangan dimasukkan CC selama 1 atau 2 hari, jika sudah dilakukan cara tersebut, baru deh kalian masukkan CC dan order domain, mudah-mudahan tidak di suspend/dinonaktifkan akunnya. Selamat mencoba! 


SUMBER-BLACKART(INDONESIA)

BANNER

ADVERTISE

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Va Shazwan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger